Lawyer Hartanah
 

40 Lagi Soalan yang Patut Anda Tanya Kepada Peguam Anda Sebelum Membeli Hartanah Di Malaysia

 

Tonton Video Ini...


Daripada: Khairul Anuar

Kita semua tahu yang hartanah merupakan salah satu pelaburan yang bagus dan menguntungkan.

Ramai yang telah menjana wang dan mendapat keuntungan yang besar melalui pelaburan hartanah. Jumlah keuntungan itu mencecah puluhan ribu, ratusan ribu dan malah jutaan ringgit!

Bukan itu sahaja, wang dan keuntungan yang diperolehi ini selalunya merupakan keuntungan pelaburan yang terbesar dalam hidup kita!

Malangnya, dalam keindahan ini, ramai juga orang yang telah menanggung kerugian besar kerana melabur di dalam hartanah. Mereka bukan saja menanggung kerugian besar, malah terkena tipu dan terpaksa menanggung beban seperti hartanah tersangkut atau tidak dapat mengambil alih rumah lelong yang dibeli kerana rumah tersebut masih didiami oleh orang lain.

Kadangkala, masalah-masalah yang timbul ini menjadi begitu besar sehinggakan menganggu kesihatan dan kehidupan! Malah, ada juga pasangan yang hampir bercerai kerana tersilap melabur di dalam hartanah!

Walaupun terdapat banyak sebab mengapa mereka kecundang ketika melabur di dalam hartanah, salah satu sebab utamanya ialah kerana mereka tersilap langkah yang melibatkan undang-undang hartanah.

 

3 Elemen Pelaburan Hartanah

Sebenarnya terdapat tiga elemen di dalam pelaburan hartanah:

  1. Fizikal
  2. Kewangan
  3. Keperluan undang-undang

Elemen pertama dan kedua biasanya tidak memberi sebarang masalah; yang membawa masalah, dan masalah besar dan berpanjangan, ialah elemen ketiga iaitu keperluan undang-undang hartanah.

Ini adalah kerana ramai pelabur yang terlepas pandang tentang keperluan undang-undang. Mereka tidak tahu langsung tentangnya, memandang remeh mengenainya atau memikirkan yang semuanya adalah seperti sepatutnya.

Walaupun ini adalah apa yang sering berlaku, tetapi anda boleh lihat bagaimana masalah boleh timbul. Kejadian hanya satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku boleh mengakibatkan masalah yang rumit di kemudian hari.

 

Contoh-contoh Kesilapan

Satu contohnya apabila rumah atau hartanah tersebut di tinggalkan (abandoned) oleh pemaju.

Contoh kedua ialah membeli rumah lelong yang masih berpenghuni.

Contoh ketiga ialah membeli hartanah yang mempunyai kaveat di geran.

Sebenarnya terdapat berpuluh lagi masalah yang boleh menjadikan pelaburan hartanah satu pengalaman buruk bagi pelabur yang tidak begitu arif tentang undang-undang yang melibatkan hartanah.

Keadaan ini tidaklah begitu menghairankan memandangkan terdapat banyak undang-undang dan peraturan yang melibatkan hartanah.

Namun, perkara ini menjadi teruk kerana kebanyakan pembeli hartanah bukanlah terdiri daripada kalangan peguam hartanah sahaja dan oleh itu mereka tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam undang-undang hartanah.

Saya amat arif tentang hal ini kerana ramai pelanggan yang datang berjumpa saya untuk bertanyakan masalah pelaburan hartanah ini. Kadangkala masalahnya begitu rumit sekali sehinggakan saya terpaksa berusaha keras untuk menyelesaikan masalah mereka dahulu sebelum boleh mengambil tindakan selanjutnya!

 

Kesilapan Boleh Dielakkan

Sebenarnya, sebahagian besar masalah tersebut boleh dielak sekiranya mereka tahu serba sedikit tentang undang-undang dan peraturan yang melibatkan hartanah.

Selain itu, mengambil peguam yang memang pakar dalam bidang pelaburan hartanah juga merupakan satu idea bijak bagi mengurangkan masalah yang bakal dihadapi dalam pelaburan hartanah.

Inilah sebabnya saya menulis buku pertama saya 40 Soalan Yang Anda Patut Tanya Kepada Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia. Ianya bertujuan untuk memberi sedikit keterangan kepada pembaca tentang keperluan undang-undang yang melibatkan pelaburan hartanah.

Walaupun buku tersebut tidak ditulis untuk menjadikan pembaca seorang peguam hartanah, kandungannya telah menolong mereka menjadi pelabur hartanah yang lebih bijak.

Saya amat gembira memberitahu anda yang buku pertama tersebut amat laris dijual.

Dalam masa tiga tahun yang lepas, saya telah menerima banyak lagi soalan tentang pelaburan hartanah (soalan-soalan tersebut tidak ada di dalam buku pertama saya).

Di antara soalan-soalan baru tersebut (dan jawapannya) ialah:

.

Apakah perbezaan di antara hartanah rezab Melayu dan hartanah bumiputera?

Sesuatu hartanah yang telah dilabel sebagai hartanah rezab Melayu dan hartanah yang dikenali sebagai hartanah bumiputra adalah dua jenis hartanah yang berbeza.

Kedua-dua jenis hartanah boleh diurusniaga tetapi terdapat sekatan-sekatan terhadap transaksi tertentu untuk hartanah-hartanah ini.

Terlalu banyak bab di dalam pelbagai buku telah ditulis mengenai perkataan ‘Rezab Melayu’ dan ‘bumiputra’ tetapi apa yang cuba diutarakan di sini adalah apakah perbezaan kedua-dua jenis hartanah ini berdasarkan undang-undang hartanah yang sedang berkuatkuasa di Malaysia pada masa ini.

Hartanah rezab Melayu selalunya akan ditanda dengan perkataan REZAB MELAYU di atas hakmilik individu keluarannya. Ada yang menggelarkan hakmilik individu sebegitu sebagai Geran Merah berikutan dakwat merah yang digunakan untuk menulis ayat tersebut di atas geran pada masa dahulu.

Untuk sebarang hartanah yang dikenali sebagai unit bumiputra, jarang terdapat label di atas hakmilik individu hartanah tersebut.

Di dalam kebanyakan kes, perjanjian jual beli akan menentukan sama ada hartanah tersebut adalah unit bumiputra atau pun tidak.

Di sesetengah negeri, label ‘Lot Bumiputra’ boleh dilihat di bawah sekatan kepentingan hartanah tersebut dan di dalam kes terpencil, anda boleh nampak label LOT BUMIPUTRA di atas hakmilik individu seperti yang dibuat untuk hartanah rezab Melayu.

Terma lot bumiputra berkait rapat dengan kuota bumiputra yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa yang member kelulusan ke atas pemaju perumahan.

Di dalam sesetengah kes, kuota ditetapkan untuk keseluruhan pemajuan perumahan tersebut dan memerlukan keempunyaan bumiputra berada pada peratusan tertentu tanpa menyatakannya sama sekali di dalam perjanjian jual beli.

Inilah kenapa pada awalnya, kawalan sebarang transaksi bumiputra lot berada di dalam tangan pemaju perumahan.

(Jawapan yang lebih komprehensif terdapat dalam eBook saya.)

 

Apakah hak milik individu dan apakah kepentingannya?

Sesiapa yang mempunyai hartanah di Malaysia boleh membuktikan keempunyaan terhadap sesuatu hartanah melalui satu dokumen yang dikenali sebagai ‘hak milik individu'.

Kebiasaannya, dokumen yang dinamakan sebagai ‘dokumen hak milik individu’ ini juga dikenali sebagai ‘geran’ di kalangan rakyat Malaysia.

Ia sangat penting sehingga boleh diumpamakan seperti wang tunai di dalam sebarang urusan hartanah.

Istilah undang-undang untuk ‘hak milik individu’ adalah ‘dokumen hak milik keluaran’ dan istilah ini dapat dilihat penggunaannya di dalam Kanun Tanah Negara 1965.

Untuk memahami bagaimana istilah ini wujud, kita perlu merujuk kepada Kanun Tanah Negara 1965 yang merupakan undang-undang yang pada asalnya mewujudkan dokumen tersebut.

Kanun Tanah Negara 1965 mempunyai peruntukan untuk tanah dimiliki oleh individu melalui konsep ‘pemberi milikan tanah’.

Pemberi milikan tanah boleh diberikan untuk selama-lamanya atau untuk tempoh tertentu.

Pemberi milikan tanah bukanlah pemberi milikan mutlak tetapi lebih menjurus kepada penyewaan tanah daripada kerajaan negeri di mana tanah itu berada.

Ini adalah salah satu sebab mengapa kita membayar cukai tanah kepada kerajaan negeri.

‘Tanah beri milikan’ ialah mana-mana tanah yang telah mempunyai hak milik individu untuk selama-lamanya atau tempoh masa mengikut tahun, yang diberi milik di bawah Kanun Tanah Negara 1965.

Apabila membeli sesuatu hartanah daripada pemaju perumahan, pemaju perumahan tersebut perlu memastikan semua yang perlu untuk hak milik individu dikeluarkan telah dilakukan dan kemudian memastikan ia dipindah milik kepada pembeli-pembeli.

Pemberi milikan mengikut tempoh tahunan tidak boleh melebihi 99 tahun.

Secara ringkas, semua tanah diberi milik kepada seseorang individu atau institusi, untuk dipunyai melalui konsep pemberi milikan.

Inilah sebab mengapa setiap kali kita membuat sebarang transaksi di mana kita memindah milik, memajak, malahan sekiranya tanah dipusakakan, ia perlu didaftarkan dengan pihak berkuasa tertentu yang menyimpan semua rekod transaksi yang dilakukan.

Di sinilah kita dapat melihat kepentingan hak milik individu kerana ia digunakan untuk merekod semua transaksi yang boleh dirujuk oleh pemilik tanah tersebut termasuk jenis tanah, cukai tanah yang perlu dibayar, pemilik semasa tanah tersebut dan pemilik tanah sebelumnya, sebarang bebanan yang ada, sebarang syarat dan sebarang sekatan kepentingan yang wujud di atas tanah tersebut.

(Jawapan yang lebih komprehensif terdapat dalam eBook saya.)

 

Apakah hartanah pegangan bebas?

Hakmilik individu sesuatu hartanah akan menerangkan dengan sempurna semua terma dan syarat yang mentadbir sesuatu hartanah.

Ia akan menerangkan apakah status hartanah tersebut, terma berkenaan kegunaan hartanah tersebut dan bagaimana seseorang pemilik boleh memindahmilik hartanah tersebut kepada pihak lain.

Sekatan yang terdapat di dalamnya atau ketiadaannya akan menentukan bagaimana sesuatu hartanah boleh dipindahmilik atau disekat daripada dipindahmilik daripada seorang pemilik kepada individu lain.

Terdapat hartanah di Malaysia yang diklasifikasikan untuk dimiliki oleh satu-satu bangsa sahaja.Ini adalah apabila hakmilik individu dilabel sebagai 'Rezab Melayu'.

Terdapat hartanah-hartanah yang dikhaskan untuk mereka yang bergelar bumiputra, skop yang lebih luas dari rezab Melayu tetapi masih lagi hanya boleh dipindahmilik sesama kelas tertentu sahaja.

Hartanah bebas pegangan adalah bebas untuk dipindahmilik daripada sesiapa sahaja yang memegangnya kepada sesiapa sahaja dan bebas daripada sebarang pembayaran premium tanah walaupun ia tidak bebas daripada pembayaran cukai tanah iaitu cukai yang perlu dibayar oleh tuanpunya tanah kepada kerajaan negeri setiap tahun.

Bagaimanakah seseorang menentukan sama ada sesuatu hartanah itu adalah hartanah pegangan bebas atau tidak?Pada helaian pertama hakmilik individu, di bawah tajuk Taraf Pegangan, yang merujuk kepada berapa lama seseorang akan memegang hartanah tersebut dalam milikannya, sekiranya ia adalah hartanah pegangan bebas, di sini lah di mana akan terdapat perkataan ‘PEGANGAN BEBAS.’

Hartanah pegangan bebas sebenarnya merujuk kepada tempoh masa di mana seseorang akan memegang hartanah tersebut di dalam milikannya.

Hartanah pegangan bebas diberi milik selama-lamanya oleh kerajaan negeri ketika ia pertama kali diberimilik kepada pihak persendirian, sama ada seorang individu atau sebuah syarikat.

Apabila hartanah tersebut diberimilik oleh kerajaan negeri kepada pihak persendirian ini, mereka perlu membayar premium tanah yang boleh dianggap sebagai harga hartanah tersebut.

Ini adalah satu-satunya premium tanah yang perlu dibayar oleh pemilik baru hartanah tersebut kepada kerajaan negeri.

Premium tanah ini adalah seperti anda membeli hartanah tersebut dari kerajaan negeri dan untuk hartanah pegangan bebas ia adalah transaksi yang hanya berlaku sekali sahaja.

(Jawapan yang lebih komprehensif terdapat dalam eBook saya.)

 

Jadi untuk menjawab soalan-soalan tadi dan lebih lagi, saya pun menulis buku ini:

 Ebook 1

LAWYER HARTANAH:

40 Lagi Soalan Yang Anda Patut Tanya Kepada Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia


Di antara soalan-soalan yang saya jawab di dalam buku ini termasuk:

  • Apakah hartanah bertanah?
  • Apakah hartanah yang dipecah bahagi?
  • Apakah hartanah strata?
  • Apakah yang dimaksudkan dengan ‘bebas daripada sebarang bebanan’ di dalam hak milik individu?
  • Apakah yang dimaksudkan dengan milikan kosong untuk hartanah yang masih di dalam binaan?
  • Apakah yang dimaksudkan dengan milikan kosong untuk hartanah yang telah siap atau dijual beli di pasaran kedua?
  • Apakah hartanah pegangan pajakan?
  • Apakah kebenaran pindah milik tanah?
  • Apa yang boleh anda lakukan jika permohonan kebenaran pindah milik anda ditolak?
  • Apakah yang dimaksudkan dengan ‘harta bersama’ di dalam pemajuan perumahan strata?
  • Apakah yang dimaksudkan dengan caj penyenggaraan di dalam pemajuan perumahan strata?
  • Siapakah yang dianggap sebagai ejen pengurusan di dalam kawasan perumahan strata?
  • Apakah maksud ganti rugi yang telah ditentukan dan ditetapkan?
  • Apakah tempoh liabiliti kecacatan?
  • Siapakah yang berhak mengutip bil bekalan air di dalam kawasan perumahan strata?
  • Apakah undang-undang kecil di dalam pemajuan strata?
  • Apakah yang dimaksudkan dengan Waad Ikatan Bersalingan?
  • Apakah kawasan perumahan berpengawal/kawasan perumahan berpagar dan berpengawal?
  • Apakah cukai keuntungan hartanah dan adakah terdapat sebarang pengecualian daripada membayar cukai keuntungan hartanah?
  • Bagaimanakah proses pembelian rumah dapat ditunjuk dengan ringkas?

Pendek kata, kandungannya menjawab banyak soalan-soalan yang berlegar dalam kepala anda tentang pelaburan hartanah.

Jadi buku ini akan menolong anda menjadi pelabur hartanah yang lebih bijak. Ini bermakna yang peluang anda menjana wang dan membuat keuntungan daripada pelaburan hartanah akan meningkat.

Anda juga dapat mengelak daripada terkena tipu atau terjebak di dalam masalah yang rumit dan memeningkan kepala.

Berikutnya, anda akan menjadi di antara segelintir pelabur yang betul-betul tahu dan faham akan pelaburan hartanah dan undang-undang dan peraturan yang melibatkan hartanah. Anda tidak seperti ramai pelabur lain yang main hentam keromo sahaja.

Mungkin poin yang paling pentingnya ialah anda akan melabur - beli hartanah dan jual hartanah - dengan mata yang terbuka.

Dan oh ya, kandungannya tidak boleh diperolehi daripada mana-mana tempat lain! Ya, tidak ada siapa yang akan berkongsi maklumat ini dengan anda, terutamanya dengan harga yang begitu murah!

tempahan

 

 

TENTANG KHAIRUL ANUAR

mugshot at front office of KSH 2

Khairul Anuar bin Shaharudin ialah seorang daripada pemilik sebuah firma guaman di Petaling Jaya. Beliau telah terlibat sebagai seorang peguam di dalam sektor hartanah semenjak beliau tamat pengajian di universiti pada tahun 1998 dan membuka firmanya sendiri setahun kemudian.

Semenjak itu beliau telah memberi nasihat guaman, mewakili pemaju perumahan, pembeli dan penjual di dalam pelbagai transaksi hartanah sama ada yang melibatkan hartanah yang telah siap dibina, yang masih dibina, rumah atau pangsapuri dan pelbagai jenis hartanah yang lain. Beliau percaya setiap orang perlu tahu bagaimana untuk bertanya kepada peguam yang mereka lantik tentang sebarang transaksi hartanah dan memahami apakah peranan peguam di dalam mengendalikan apa-apa transaksi hartanah baik bagi pihak pembeli mahu pun penjual.

Khairul memegang sarjana muda LL.B (Honours) dari UKM dan juga CIFP (Certified Islamic Finance Professional).

 

TESTIMONI

Patrick Chay Ing

2Altimet

3Chee Su-Lin

 

4naniyunus

Berapakah harga Pakej eBook ini?

Ia adalah biasa untuk klien membayar kos yang mencecah ribuan ringgit untuk mengambil saya sebagai peguam hartanah mereka. Ia juga adalah biasa untuk klien membayar kos yang mencecah ribuan ringgit untuk mengambil saya sebagai penceramah.

Jadi anda mungkin berfikir yang harga Pakej eBook ini turut masuk beribu ringgit. Ataupun sekurang-kurangnya masuk beratus ringgit memandangkan kandungannya amat bernilai dan tidak boleh didapati daripada mana-mana tempat lain.

Tetapi anda amat beruntung kerana harganya bukan RM1,000, RM500 RM100 tetapi hanyalah RM89 sahaja!

Tempah Sekarang

 

Ada BONUS ISTIMEWA buat ANDA!

 

Untuk menjadikan pemilikan Pakej eBook ini lebih bernilai dan lebih bermakna buat ANDA, saya ingin tawarkan Bonus Istimewa secara PERCUMA buat anda yang segera memiliki pakej ini. Ianya merupakan 8 Program Audio Bonus dan 1 sesi Webinar.

 

Bonus Istimewa 1: Program Audio Bonus

Bonus Audio new

Program Audio Bonus ini merupakan rakaman temubual Khairul Anuar di sebuah stesen radio tempatan. Rakaman audio dalam Bahasa Inggeris ini datang dalam 8 modul berbeza dan panjang rakaman melebihi 1 jam 20 minit. Kandungannya meliputi Lot Bumiputra, Penjanjian Jual Beli, Pembelian Hartanah, Cukai Taksiran dan juga Tanah Rizab Melayu.

 

Bonus Istimewa 2: Sesi Webinar

Webinar Logo

Bonus kedua ialah rakaman audio sesi Webinar bersama-sama saya, Jutawan Hartanah saudara Azizi Ali dan pembeli awal Pakej eBook Lawyer Hartanah ini. Sesi Webinar selama 60 minit  ini telah dibuat secara live. Saya telah menjawab banyak soalan-soalan berkaitan undang-undang yang melibatkan pelaburan hartanah dalam sesi Webinar ini.

Jadi apa yang anda dapat dalam Pakej ini merangkumi 1 eBook, 8 Rakaman Audio dan 1 sesi Webinar.

All
[*Gambar sekadar hiasan sahaja. 
Semua produk dalam Pakej eBook ini adalah berbentuk digital.]

 

 

Zulkifli Hj
5Muhammad Al Suhaimi

tempahan

Jika anda merupakan di antara pembeli pertama Pakej eBook ini (sepanjang tempoh pelancaran ini), maka anda amat beruntung kerana saya akan memberikan tawaran yang amat istimewa kepada anda. Saya akan berikan diskaun tambahan kepada anda; jadi harga Pakej eBook ini sekarang ialah RM89 RM69 sahaja.

Tetapi, tawaran istimewa ini hanyalah bertahan sepanjang tempoh pelancaran ini sahaja. Harga Pakej eBook ini akan naik sebaik sahaja tempoh pelancaran ini tamat. Jadi buat tempahan anda sekarang juga.

 

ANDA MASIH KURANG YAKIN?
Apa kata kalau saya bagi…

guarantee

Bertindak sekarang dan dapatkan tawaran terhebat ini...

Semua ini menjadikan Pakej eBook ini satu tawaran yang amat hebat.

Kandungannya memang power dan akan menolong anda menjadi pelabur hartanah yang lebih bijak. Malah ianya boleh menjadi bahan reference setiap kali anda menaksir hartanah.

Anda juga akan mendapat tunjuk ajar daripada 2 orang pakar hartanah yang terunggul di Malaysia.

Jadi tak kiralah anda seorang pelabur, pemilik, ejen, kontraktor, pemaju, peguam, penceramah, penulis atau arkitek, Pakej eBook LAWYER HARTANAH ini boleh membantu anda dalam pelaburan hartanah.

Jaminan Pulangan Wang 30 hari yang diberikan bermakna anda tidak menanggung sebarang risiko.

Jadi klik butang tempahan dan beli Pakej eBook anda sekarang kerana harga istimewa ini tidak akan kekal serendah ini. Malah ia hanya akan bertahan hanya sedikit masa lagi.

Beli-Sekarang

Ikhlas,

sig khairul
Khairul Anuar
LawyerHartanah.com

p/s – Pakej eBook LAWYER HARTANAH: 40 Lagi Soalan Yang Anda Patut Tanya Kepada Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia ini bukan sahaja bakal membantu anda untuk membeli rumah, malah memberikan panduan bagaimana membeli dengan cara yang selamat. Jadi klik butang BELI SEKARANG.

p/p/s – Ingat, tawaran RM69 ini hanyalah bertahan sepanjang tempoh pelancaran ini sahaja. Jadi bertindaklah SEGERA dan buat pesanan anda sekarang juga!

Affiliates: Make Money Here
Home - Copyright - Earnings - Privacy - Terms & Conditions - Disclaimer
aziziali@lawyerhartanah.com, A-2-11, Dataran Glomac, Jalan SS6/5A, 47301 Petaling Jaya, Selangor, 03-7880-1051